Masz85
September 4th 1985  (Age 27)
Female
sungai petani

<< May 2013 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Wednesday, February 13, 2008
TASK 01.05-- INSTALL NETWORK EQUIPMENT

MODEM

  • MODEM adalah perkakasan yang membolehkan pengguna berhubung dengan pengguna lain dengan menggunakan wayar telefon,kabel ataupun tidak menggunakan wayar.
  • Perkataan MODEM adalah gabungan daripada 2 perkataan iaitu :
    • GABUNGAN ----- ( MODULATOR & DEMODULATOR )
          • Maksud : Mengubah sesuatu frekuensi @ amplitud

FUNGSI

  • MODEM akan menentukan signal jenis digital ke analog dan juga sebaliknya kerana radio ataupun sistem telefon menggunakan gelombang jenis analog.
  • Manakala komputer pula menggunakan jenis digital.

SIGNAL DIGITAL vs SIGNAL ANALOG

  • Adalah menjadi masalah kerana komputer tidak dapat menghantar data ke komputer lain melalui talian telefon kerana gelombang yang digunakan adalah berbeza.
  • MODEM akan menjadi pengantaraan dengan menukar gelombang tersebut.

 

  • INTERNAL MODEM iaitu MODEM jenis kad sirkit digunakan dengan memasang @ melekatkannya pada litar PCI .
  • Kebiasaannya INTERNAL MODEM ini juga dikenali sebagai PCI MODEM.
  • MODEM jenis ini adalah lebih murah kerana peralatannya lebih ringkas tanpa memerlukan box @ kotak.
  • Ia senang dipasang tanpa menggunakan kabel.
  • Terdapat 2 jenis MODEM seperti ini iaitu :
    • SOFTWARE MODEM
    • HARDWARE MODEM

SOFTWARE MODEM

  • Adalah MODEM yang menggunakan perisian khas untuk menjanakan processor pc bagi menjalankan fungsi MODEM tersebut.

HARDWARE MODEM

  • Menggunakan perkakasannya sendiri untuk menjalankan MODEMnya.
  • INTERNAL lebih mudah disambar petir berbanding dengan EXTERNAL.

EXTERNAL MODEM

  • Biasanya dipasar dalam bentuk kotak dengan pelbagai rupa.
  • MODEM jenis ini biasanya berhubung melalui kabel ke port komputer 1 @ 2 ataupun port lain yang bersesuaian dengan pc.
  • MODEM jenis ini adalah lebih mahal berbanding dengan INTERNAL MODEM.
  • MODEM ini adalah lebih baik kerana ianya menggunakan perkakasannya sendiri untuk menjalankan fungsi MODEM tersebut.
  • Fungsi MODEM tersebut tidak seperti SOFTWARE MODEM yang lain.
  • Dengan ini perpindahan data melalui INTERNAL adalah lebih cepat.

FAKTOR PEMILIHAN MODEM

BUDGET

  • Walaupun ada MODEM yang lebih baik dari yang lain tidak bermakna MODEM yang lain tidak boleh digunakan.
  • Kebanyakkan MODEM yang murah mengambil masa yang lambat untuk mendapat connection serta tidak memberi kepuasan layaran yang diharapkan.

PEMAKAIAN

  • Pengguna juga perlu tahu mengapa MODEM diperlukan.
  • Sekiranya MODEM yang hendak dibeli digunakan untuk penghantaran dan menerima data digital bagi kerja-kerja kursus,download dan upload,MODEM yang lebih laju connection speed adalah lebih sesuai.
  • MODEM ini adalah lebih mahal tetapi memberi pulangan yang lebih baik.

KELAJUAN

  • Merujuk kepada keupayaan MODEM menghantar dan menerima data melalui talian telefon.
  • MODEM yang lebih mahal mempunyai perkakasan serta perisian yang baik untuk mempercepatkan proses pemindahan data melalui talian tersebut.
  • Bersesuaian dengan ini juga mempunyai fungsi untuk bertindak sebagai fax MODEM serta mempunyai keupayaan suara.
  • Pada masa ini kelajuan yang paling tinggi maximum dapat diterima oleh MODEM biasa melalui talian telefon adalah 56600 bps @ 56.6 kbps.

 PROTOKOL  KADAR TRANSMISI MAX
 BELL 103        300 bps
 CCITT V.21 300 bps 
 BELL 212 A 1,200 bps 
 ITU V.22 1,200 bps 
 ITU V.22 bis 2,400 bps 
 ITU V.29 9,600 bps 
 ITU V.32 9,600 bps 
 ITU V.32 bis 14,400 bps 
 ITU V.34 36,600 bps 
 ITU V.90 56,600 bps 

REPEATER ( PENGULANG )

FUNGSI

  • REPEATER adalah satu komponen dalam network yang berfungsi sebagai penguat isyarat yang diterima dari satu segmen dan menghantar pula ke sambungan segmen yang lain yang berkedudukan jauh untuk jangkauan transmitter.

PENGENALAN

  • REPEATER adalah komponen penyambung yang paling ringkas dan digunakan pada LAN.
  • Ianya adalah peranti elektrik yang beroperasi pada lapisan fizikal dalam model OSI.
  • Ini kerana ia menyambungkan segmen dari network yang sama dan membolehkan nod dijarakkan dengan lebih jauh lagi.
  • REPEATER bukanlah peralatan yang bijak kerana ia tidak dapat menyambungkan kepada network yang lain.
  • Isyarat yang membawa maklumat dalam rangkaian komputer boleh melalui jarak dan ini menyebabkan isyarat yang dibawa akan menjadi lemah sebelum isyarat tersebut tiba ke destinasi yang dituju.
  • Hal ini berlaku disebabkan oleh geseran @ gangguan seperti kebisingan yang mana ianya akan mempengaruhi kesinambungan data.

CIRI-CIRI REPEATER

  • Mempunyai had jarak yang ditetapkan.
  • Mempunyai had bilangan yang boleh digunakan di dalam network.
  • Tidak boleh dikawal menerusi remote access programe.
  • Jika menggunakan panjang kabel yang melebihi dari standart yang dibenarkan,REPEATER mungkin akan menyebabkan data yang salah.

 


Posted at 12:39 pm by Masz85
Make a comment  

Friday, September 14, 2007
TASK 03.01 --- PATCH NETWORK NODE

TASK 03.01 ---- PATCH NETWORK NODE

PATCH PANEL

  • Merupakan sekumpulan soket yang digunakan sebagai penyambungan di bahagian masukkan dan keluaran dalam satu litar komunikasi dan litar elektronik.
  • PATCH PANEL boleh disambungkan dengan menggunakan dalam satu litar yang kecil sahaja.
  • Ia juga dikenali sebagai "PATCH PANEL" yang menggunakan UTP kabel secara manual ataupun secara suis automatik.
  • Terdapat juga PATCH PANEL yang menggunakan wayar wireless yang tidak menggunakan "PATCH CORD".
  • PATCH PANEL ada pelbagai jenis seperti :
    • 8 PORT - 2/1
    • 16 PORT DOUBLE
    • 24 PORT - 1
    • 110 PORT - 2
    • MULTIPLE PATCH PANEL

TUGAS PATCH PANEL

  • Berfungsi sebagai menghubungkan incoming @ outgoing data di antara sistem rangkaian dengan port-port pengguna.
  • CPU pula berfungsi menghubungkan terminal dan mengenal pasti identiti pengguna yang menggunakan terminal port dan memproses prosedur bagi setiap data yang dihantar @ diterima bagi setiap port tertentu.

  • Setiap PATCH CORD akan dilabelkan bagi mengelakkan pertindihan kod nombor sewaktu proses identiti port pada server dan terminal.
  • Setiap terminal port hendaklah mempunyai nombor port tersendiri di server.

BRIDGE ( JAMBATAN )

  • Berfungsi untuk membenarkan suatu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi 2 bahagian yang kecil.
  • Istilah BRIDGE selalu digunakan untuk merujuk kepada hardware yang boleh menghantar packet dari satu network ke satu network yang lain.
  • Ianya beroperasi pada lapisan "DATALINK" OSI ( OPEN SYSTEM INTERCONNECTION ) model.
  • Mempunyai 7 layer ( lapisan )
    • APLIKASI
    • PERSEMBAHAN
    • SIDANG
    • PENGANGKUTAN
    • RANGKAIAN
    • DATALINK
    • PYSCAL

  • Matlamat BRIDGE adalah untuk meningkatkan jumlah nod dalam rangkaian ataupun menghubungkan 2 rangkaian yang mempunyai protokol yang sama.
  • BRIDGE adalah peralatan yang bijak kerana ia boleh mempelajari tentang kedudukan serta menentukan arah laluan komponen dalam network dari masa ke semasa apabila ia mula dipasangkan pada network tersebut.
  • BRIDGE biasanya digunakan untuk menghubungkan 2 LAN yang sama protokol komunikasi /alamat dari rangkaian. ( ETHERNET - ETHERNET , TOKEN RING dsbg )
  • Ini kerana BRIDGE berkeupayaan menapis data agar data yang dialamatkan kepada LAN berkenaan sahaja yang melaluinya.
  • Sebuah BRIDGE bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta.
  • Kebanyakkan BRIDGE berupaya mengawal rangkaian secara automatik dengan mengumpulkan alamat semua komputer yang terdapat dikedua-dua belah rangkaian.
  • BRIDGE lebih kompleks daripada repeater kerana ianya beroperasi dengan belajar ( learning ),menapis ( filtering ),dan menghantarnya ( forwarding ).
  • Apabila BRIDGE menerima packet ia akan mengenal pasti sumber packet dan membandingkan alamat ini dalam routing cable ( jadual arahan ).
  • Sekiranya alamat sumber tidak terdapat dalam routing cable tersebut BRIDGE akan menambahkannya.
  • Ini dinamakan BRIDGE sedang belajar ( learning ) alamat peranti dalam rangkaian.
  • Sekiranya alamat destinasi tidak terdapat dalam routing cable BRIDGE akan mengforwardkannya packet tersebut ke semua port kecuali nod sumber.
  • Sekiranya alamat destinasi terdapat dalam routing cable dan dalam segmen rangkaian yang sama dengan alamat sumber,BRIDGE akan disekat packet tersebut dan proses ini dinamakan filtering.
  • Sekiranya alamat destinasi terdapat didalam routing cable tetapi bukan dalam segmen rangkaian yang sama BRIDGE akan memastikan port yang berhubung dengan alamat destinasi serta mengforwardkan packet tersebut ke port dan proses ini yang dinamakan forwarding.
  • BRIDGE selalunya mengandungi kombinasi perkakasan dan perisian.
  • BRIDGE selalunya mengandungi kotak hitam yang terletak antara 2 rangkaian dan mempunyai pemprosesnya tersendiri,ingatan dan perisian.
  • Kesimpulannya digunakan untuk menyambungkan 2 @ lebih LAN.
  • Boleh dibahagikan kepada 3 iaitu :
    • TRANSPARENT BRIDGE
      • Juga dikenali sebagai ( SPANNING TREE BRIDGE )
      • Ianya mudah kerana ia hanya perlu plug dan boleh beroperasi dengan mudah.
      • 2 jenis piawaian LAN yang menggunakan TRANSPARENT BRIDGE adalah ( ETHERNET dan TOKEN BUS )
    • SOURCE ROUTING BRIDGE
      • Piawaian yang menggunakannya ialah ( TOKEN RING )
    • FIXED ROUTING  ( Arahan tetap )
      • Maklumat ke dalam BRIDGE perlu dibuat dan diletakkan secara manual.
      • BRIDGE ini tidak sesuai dengan sistem rangkaian yang besar kerana senarai perlu dikemas kini setiap kali ada perubahan pada rangkaian setempat.

CARA BRIDGE BEROPERASI

  1. BRIDGE akan menerima kerangka ( franme) dari LAN x dialamatkan kepada pengguna di stesen 21-40 dan dihantar  ke LAN y.
  2. Tetapi kerangka dari LAN x yang dialamatkan kepada pengguna di stesen 1-20 akan disekat oleh BRIDGE dari menyeberang ke LAN y.
  • Kerangka dari LAN y yang dialamatkan kepada  pengguna di stesen 1-20 akan diterima oleh BRIDGE dan dihantar ke LAN x.
  • Tetapi kerangka dari LAN y yang dialamatkan kepada pengguna di stesen 21-40 akan disekat oleh BRIDGE dari menyeberang ke LAN x.
  1. Secara amnya jika pengguna dari stesen 1 menghantar data ke stesen 2,stesen 1 akan menghantar kerangka kesemua tempat.
  2. Ini bermakna pengguna dari stesen 1-20 akan menerima kerangka tersebut.
  3. Namun begitu hanya stesen 2 sahaja yang akan menjawabnya.
  4. Dalam waktu yang sama kerangka stesen 1 juga akan cuba menyeberangi BRIDGE untuk ke stesen 21-40.
  5. Tetapi BRIDGE akan menapis dan menyemak jika pengguna stesen 2 berada di LAN y,kerangka tersebut akan dihapuskan setelah dipastikan pengguna stesen 2 tiada di LAN y.

JENIS-JENIS BRIDGE

  • Terdapat 5 jenis BRIDGE
    • REMOTE BRIDGE
      • Juga dikenali sebagai BRIDGE SEPARUH ( HALF BRIDGE )
      • Digunakan untuk menyambung 2 LAN yang jauh menggunakan rangkaian kawasan luas ( WAN )
    • SIMPLE BRIDGE
      • Menyambungkan 2 @ lebih rangkaian .
      • Kedua-duanya perlu ada protokol fizikal dan lapisan MAC ( MEDIA ACCESS CONTROL )---( Alamat perkakasan / fizikal yang ada pada NIC )
      • CONTOH :
        • LAN 1 mesti menggunakan protokol 802.3 dan LAN 2 juga perlu menggunakan protokol 802.3.
        • Ia menggunakan cara fixed routing dan sesuai untuk rangkaian yang kecil.
    • LEARNING BRIDGE
      • Secara automatik ia belajar,membina dan memperbaharui senarai peralatan di LAN.
    • INTELLIGENT BRIDGE
      • Sama seperti " LEARNING BRIDGE" tetapi mempunyai kelebihan kerana boleh diprogram.
      • Dengan ini arahan penapisan,kaedah keselamatan dan sebagainya boleh ditetapkan.
      • Ia hampir menyerupai penghala ( router )
    • MULTIPORT BRIDGE
      • Sesuatu BRIDGE dengan banyak pengkalan ( port ) dan pelbagai topologi boleh disambung dengan jenis ini.

NETWORK TESTER

FLUKE ONE TOUCH SERIES II

  • FUNGSI
    • Alat ini berfungsi untuk memeriksa kedudukan @ kefungsian sesuatu sistem rangkaian.
    • Juga berfungsi untuk memeriksa kefungsian kabel UTP yang menggunakan penyambung @ connector jenis RJ-45.
  • ALAT YANG DISERTAKAN
    • Bateri yang boleh dicas.
    • Permukaan jenis "TOUCHSCREEN"
    • LED labels
    • Top-level display
  • TUGAS KERJA
    • Set ip ( ip config )
    • Pemeriksaan ke atas kabel
    • Menyimpan dan mencetak di skrin
    • Memeriksa penyambungan sistem rangkaian.
    • Memeriksa keadaan sistem rangkaian.
  1. Network tester jenis "FLUKE ONE TOUCH SERIES II"boleh berfungsi dengan menggunakan kuasa elektrik @ kuasa bateri yang telah dicas.
  2. Ini bermaksud network tester jenis ini adalah jenis "CORDLESS" ( boleh dicas)

 

 

 

 


Posted at 01:34 pm by Masz85
Comments (5)  

Wednesday, September 05, 2007
INGATAN UTAMA ( MEMORY )

INGATAN UTAMA ( MEMORY )

  • Merupakan komponen komputer yang berperanan untuk memegang data @ set arahan sebelum , semasa dan selepas ianya diproses.
  • Ingatan utama akan memegang set arahan @ data selama mungkin selagi ianya diperlukan dalam sesuatu proses @ program.
  • Data @ set arahan akan dipadam sebaik sahaja ianya selesai @ tidak diperlukan lagi.
  • Data @ set arahan dalam ingatan utama akan hilang sekiranya komputer ditutup.
  • Ingatan utama juga berfungsi menyimpan aturcara aplikasi , sistem pengendalian , perisisan komputer dan data yang sedang beroperasi.
  • Ingatan utama diukur berdasarkan KB @ MB ( byte tidak sama dengan Bit )
    • CONTOH : 8 bit = 1 Byte = 1 ansara
    •                : 504 MB = 504 000 000 Byte

JENIS-JENIS INGATAN UTAMA ( MEMORY )

  • Terbahagi kepada 2 kategori iaitu :
    • RAM ( RANDOM ACCESS MEMORY )
    • ROM ( READ ONLY MEMORY )

RAM ( RANDOM ACCESS MEMORY )

  • Ingatan Capaian Rawak bermakna data @ arahan boleh dicapai secara rawak di dalamnya dan ia boleh melaksanakan proses baca dan tulis.
  • RAM bersifat VOLATILE ( TIDAK KEKAL ) bermakna ia akan kehilangan data @ arahan di dalamnya sebaik sahaja komputer ditutup.

JENIS-JENIS RAM

  • DRAM ( DYNAMIC RAM )
  • ECC ( ERROR CORRECTING CODE )
  • EDD ( EXTENDED-DATA-OUT )
  • SDRAM ( SYNCHRONOUS DRAM )
  • SRAM ( STATIC RANDOM ACCESS MEMORY )

MODUL INGATAN UTAMA

  • SIMM ( SINGLE IN-LINE MEMORY )
  • DIMM ( DUEL IN-LINE MEMORY )

SIMM ( SINGLE IN-LINE MEMORY )

  • Merupakan teknologi yang lama
    • CONTOH : SIMM 30 pin -- Merujuk teknologi sebelum pentium
    •                 :  SIMM 72 pin -- Merujuk permulaan awal pentium

DIMM ( DUEL IN-LINE MEMORY )

  • Merupakan teknologi moden.
  • Mempunyai laluan 64 bit yang lebih sesuai dengan teknologi pentium dan pemproses mikro moden yang lain.
  • 1 DIMM mampu melaksanakan tugas yang hanya boleh dikendalikan oleh 2 modul SIMM.
  • DIMM lebih jimat belanja dalam tempoh jangkamasa panjang.

ROM ( READ ONLY MEMORY )

  • Merupakan sejenis ingatan kekal yang sedia ada pada setiap komputer   walaupun sistem komputer telah ditutup.
  • Ianya biasa telah diprogramkan oleh pengeluar komputer semasa dikilang dan tidak boleh diubah sama sekali.
  • ROM yang merujuk kepada ingatan baca sahaja yang hanya boleh dibaca dan tidak boleh ditulis.
  • ROM amat penting bagi setiap komputer kerana didalamnya terkandung banyak arahan dasar yang diperlukan untuk komputer beroperasi dengan lancar di dalam basic input / output sistem.
  • ROM adalah NON-VOLATILE bermakna ianya tidak akan kehilangan data @ arahan walaupun komputer ditutup.

JENIS-JENIS ROM

  • PROM ( PROGRAMMABLE READ ONLY MEMORY )
  • EPROM ( ERASABLE PROM )
  • EEPROM ( ELECTRICALLY ERASABLE PROM )

PROM ( PROGRAMMABLE READ ONLY MEMORY )

  • Boleh diprogramkan mengikut kehendak pengeluar @ pengguna.
  • Hanya boleh diprogramkan sekali sahaja.

EPROM ( ERASABLE PROM )

  • Merupakan teknologi yang sama dengan PROM tetapi membenarkan ROM diprogramkan lebih dari sekali.

EEPROM ( ELECTRICALLY ERASABLE PROM )

  • Boleh diprogramkan dengan menggunakan kuasa elektrik yang tinggi.
  • Boleh diprogramkan berkali-kali.
  • Harga yang agak mahal berbanding PROM dan EPROM,

BIOS ( BASIC INPUT / OUTPUT SYSTEM )

  • Merupakan papan litar @ chip yang berada papan induk ( MOTHERBOARD) dan bertindak mengawal bagaimana sesebuah sistem komputer berfungsi @ beroperasi.
  • Chip ini mungkin dalam bentuk EPROM @ ROM jenis yang lain.
  • Chip BIOS hanya mampu menampung sejumlah kecil data @ arahan sahaja.

JENIS-JENIS BIOS

    • AMI BIOS
    • PHOENIX
    • DTR
    • MR
    • QUADTEL

TUGAS UTAMA BIOS

  • BIOS akan secara automatik mengaktif dan mencapai data @ maklumat yang berkaitan dengan jenis pemproses mikro yang digunakan ( sama ada pentium 2,3,4 dan seterusnya ) dari CPU.
  • BIOS melaksanakan ujian sendiri ( SELF TEST ) terhadap CPU.
  • BIOS membaca maklumat berkaitan dengan sistem komputer daripada peranti yang dinamakan "CMOS' ( COMPLIMENTARY METAL OXIDE SEMICONDUCTOR ) yang berada pada chip masa nyata ( REAL TIME CHIP )RTC bersama-sama dengan jam , sistem dan bateri.
  • CMOS mengandungi maklumat yang berkaitan dengan perkakasan seperti :
    • Jenis pemacu cakera keras,pemacu cakera liut dan saiz ingatan utama sesebuah sistem komputer.
  • Selepas maklumat dari CMOS dicapai BIOS kemudiannya menentukan  jumlah ingatan utama yang ada dan membandingkannya dengan nilai yang sedia ada di dalam CMOS.
  • Sekiranya nilai sedia ada tidak menyamai nilai yang ada dalam CMOS,1 mesej amaran akan dipaparkan pada skrin.
  • Ada kemungkinan yang akan berlaku :
    • Sama ada terdapat masalah pada chip.
    • Penambahan jumlah ingatan tanpa terlebih dimaklumkan kepada sistem komputer secara rasmi.
  • BIOS mencari sistem pengoperasian ( cth:WINDOW,LINUX,XP ) yang digunakan oleh sistem komputer tersebut mengikut maklumat yang diberikan oleh CMOS.
  • Setelah sistem pengoperasian ditemui BIOS menyerahkan tugasnya kepada sistem pengoperasian tersebut.

PAPAN INDUK ( MOTHERBOARD )

  • Komponen paling utama dalam sesebuah komputer.
  • Biasanya mengandungi punca sambungan @ slot yang membolehkan papan litar @ kad sokongan dipasang padanya.
  • Merupakan pusat penghubung yang menghubung serta menjadi tapak bagi unit kawalan pusat @ pemproses mikro ( CPU ),BIOS,ingatan utama antara muka storan yang bersiri dan selari,slot tambahan dan pelbagai pengawal yang diperlukan bagi mengawal peranti utama seperti skrin paparan ( MONITOR ),papan kekunci ( KEYBOARD ),pemacu ( DRIVER ),tetikus ( MOUSE ) dan sebagainya.

KOMPONEN PADA MOTHERBOARD

    • SOKET CPU
    • SLOT RAM
    • NORTHBRIDGE
    • SOUTHBRIDGE
    • PORT IDE
    • PORT ATA SELARI ( SERIAL )
    • PORT USB
    • SLOT TAMBAHAN
      • ISA
      • DCI
      • AGP
      • PCI EXPRESS

CPU ( CENTRAL PROCESSING UNIT )

  • NORTHBRIDGE
    • RAM ( MEMORY )
    • AGP ( VIDEO CARD )
  • SOUTHBRIDGE
    • PCI BUS
    • RED TIME CLOCK
    • APM PROCESS MANAGEMENT
    • USB
    • OTHER DEVICES

PENGELUAR PAPAN INDUK

  • GIGABYTE
  • ASUS
  • ABIT
  • THUNDERBIRD
  • dll

KELEBARAN BUS DATA ( DATA BUS WIDTH )

  • Papan induk moden yang berkelas pentium mempunyai bus data dengan 64 bit.
  • Ini merujuk kepada kelebaran lebuhraya data yang keluar masuk dari mikro pemproses.
  • Antara jenis bus dan kelebarannya adalah :
    • ISA -- 8 @ 16 bit
    • EISA -- 8 @ 16 bit
    • MCA -- 16 @ 32 bit
    • VLB -- 32 bit
    • PCI -- 32 @ 64 bit
    • AGP -- 32 bit

CHIPSET

  • Berfungsi membekalkan sokongan yang diperlukan oleh CPU didalam papan induk.
  • CHIPSET ialah jantung komputer kerana mengawal dan menetapkan had laju dan terus pemproses,memori dan slot apakah yang sedang diguna.
  • CHIP lain dalam papan induk juga dikenali sebagai super ID Controller.
  • Fungsi utama CHIPSET ialah pengawal pemacu cakera liut,papan kekunci,tetikus dan port selari serta bersiri.

PENGELUAR CHIPSET

  • INTEL
  • VIA
  • SIS
  • nVIDIA
  • ALI

 

 

 


Posted at 07:32 am by Masz85
Comments (4)  

Wednesday, August 29, 2007
HARDWARE

HARDWAREBold

CPU ( CENTRAL PROCESSING UNIT )

  • Juga dikenali sebagai otak komputer.
  • Berperanan menterjemahkan data input kepada maklumat output yang lebih bermakna.
  • Berperanan melaksanakan serta mengawal keseluruhan operasi komputer.
  • Menerima dan menyimpan data daripada peranti input memproses mengikut arahan pengaturcara dan menghantar keputusan kepada pencetak @ peranti output yang lain.

KOMPONEN UTAMA CPU

  • UNIT KAWALAN ( CONTROL UNIT )
  • ALU ( UNIT ARITHMETIK LOGIK )
  • PENDAFTAR ( REGISTER )

UNIT KAWALAN ( CONTROL UNIT )

  • Berfungsi untuk menyelaras dan mengawal semua pengendalian yang berlaku di dalam unit pengprosesan pusat dan mengawal semua operasi perkakasan komputer.
  • Unit kawalan mengandungi litar yang mengandungi signal elektrik untuk mengarahkan keseluruhan sistem komputer untuk melaksanakan sesuatu arahan.
  • Unit Kawalan aktif berkomunikasi dengan unit ALU dan juga ingatan utama bagi memastikan kelancaran sesebuah komputer.
  • Unit Kawalan juga mengawal penghantaran isyarat secara terus di antara CPU dan peranti input output.

ALU ( UNIT ARITHMETIK LOGIK )

  • Unit yang melaksanakan kesemua arahan yang melibatkan pengiraaan arithmetik.
    • CONTOH : Operasi penambahan ( + ),penolakan ( - ),pendaraban ( * ),pembahagian ( / ) dan sebagainya.
  • Unit ini juga menangani masalah berkaitan logikal @ perbandingan.
    • CONTOH : ( Betul,Salah ),( Ya,Tidak ),( Lebih kecil,Lebih besar ),( = )
  • Hasil pengiraan dan perbandingan tersebut kemudiannya akan dihantar semula kepada unit kawalan sebelum hasilnya dipaparkan ke skrin paparan oleh CPU.

PENDAFTAR ( REGISTER )

  • Merupakan storan sementara bagi menyimpan arahan @ data tetapi ia bukan sebahagian dari ingatan utama.
  • Data @ arahan yang dipegang buat sementara waktu merupakan data yang sedang diproses oleh CPU.
  • Sebaik sahaja proses selesai dilaksanakan ia akan digantikan oleh data @ arahan selanjutnya.
  • Data yang telah siap diproses dipindahkan ke ingatan utama.
  • Bertugas mengikut arahan dan unit kawalan sama ada untuk menerima,memegang @ memindahkan arahan @ data dan melaksanakan perbandingan arithmetik logik dalam keadaan pantas.

KELAJUAN CPU

  • Terbahagi kepada 3 faktor utama iaitu :
    • INTERNAL BUS ( KELAJUAN DALAMAN )
    • EXTENDED BUS ( KELAJUAN LUARAN )
    • CACHE MEMORY ( SAIZ INGATAN CACHE )

INTERNAL BUS ( KELAJUAN DALAMAN )

  • Kelajuan 1GHz , 2GHz dan sebagainya merujuk kepada kelajuan dalaman.
  • Semakin tinggi maka semakin laju data tersebut diproses.

EXTENNED BUS ( KELAJUAN LUARAN )

  • Dikenali juga sebagai "FRONT BUS" merupakan kelajuan di luar CPU.
  • Mesti disokong dengan kelajuan motherboard.
    • CONTOH : Sekiranya extenned bus CPU tersebut ialah 400MHz, maka motherboard mesti mempunyai kelajuan bus yang sama.
  • Semakin tinggi kelajuan luaran maka prestasi komputer semakin meningkat.

CACHE MEMORY ( SAIZ INGATAN CACHE )

  • Semakin besar saiz ingatan cache maka prestasi CPU keseluruhannya akan meningkat.
  • Fungsi untuk menyimpan arahan yang pernah oleh CPU.
  • Juga berfungsi sebagai "penimbal @ buffer" di antara CPU dengan memori utama kerana kelajuan cache lebih laju.

BAGAIMANA CPU MELAKSANAKAN ARAHAN

  • Sebelum sesuatu arahan dapat dilaksanakan oleh CPU, arahan program dan juga data perlu diletakkan dalam ingatan dahulu melalui penggunaan peranti input yang tertentu ataupun dicapai terus oleh peranti storan.
  • Sebaik sahaja arahan dan data berada di dalam ingatan utama, CPU akan melaksanakan langkah2 kerja yang berikut.
    • Unit Kawalan ( Control Unit ) mencapai arahan tersebut dari ingatan utama.
    • Unit Kawalan ( ControBoldl Unit ) kemudiannya menterjemahkan makna arahan tersebut dan seterusnya menghantar data2 yang diperlukan ingatan utama kepada ALU ( UNIT ARITHMETIK LOGIK )
  • 2 langkah pertama ini dinamakan ( INSTRUCTION TIME ) ---- I-TIME
    • ALU kemudiannya melaksanakan arahan yang mana ALU diberi kuasa untuk mengawal dan menjalankan operasi pengiraan yang sebenarnya kepada data.
    • ALU menyimpan hasil pengiraan ini ke dalam ingatan utama @ pendaftar.
  • Langkah 3 dan 4 ini dinamakan ( EXUCUTION TIME ) ---- E-TIME
  • Langkah 1-4 dinamakan KITARAN MESIN.

PENGELUAR PEMPROSES

  • INTEL CORPORATION
  • CYRIX CORPORATION
  • ADVANCED MICRO DEVICES AMD
  • IDT
  • NEXT GEN

Posted at 11:31 am by Masz85
Make a comment  

Tuesday, August 28, 2007
PERALATAN DALAM NETWORK

PERALATAN DALAM NETWORK

  • EQUIPMENT
    • Switch / Hub
    • Network card
    • Router
    • Bridge
    • Repeater
    • Network Card ( NIC )
      • Brand
      • Speed
      • Connector
  • MEDIA
    • Kabel UTP
    • Fiber optik
  • PROTOKOL
    • TCP/IP

PERBEZAAN DI ANTARA SWITCH vs HUB

 SWITCH  HUB

 Laju

 Slow
 Dedicated speed

 Share speed

MEDIA

  • UTP : RJ-45
  • STP : American ( EIA / TIA ) 568 A
  •         : British ( EIA / TIA ) 568 B

RAJAH 568 A

RAJAH 568 B

KEPUTUSAN SELEPAS PENYAMBUNGAN "CROSS CABLE"

 

KATEGORI KABEL UTP

  • CAT 5
  • CAT 5e
  • CAT 6
  • CAT 7

KELAJUAN

  • CAT 5 ----- 100 MHz -- 100 mbps
  • CAT 5e ----- 200 MHz -- 1000 mbps
  • CAT 6 ----- 250 MHz

ROUTER

  • Menyambungkan 2 network di antara segmen yang berbeza.
  • Buat IP segmenlation tentang :
    • REDUCE BROADCAST DOMAIN ( mengurangkan penyiaran domain )
    • REDUCE DATA COLLOTION ( mengurangkan pelanggaran data )
    • INEREST PERFORMANCE ( meningkatkan prestasi )

FUNGSI ROUTER

  • Sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan.
  • Semasa paket di hantar,router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah :
    • Membuat penterjemahan protokol
    • Mengemaskan jadual haluan
    • Mengirim paket
    • membungkus paket
    • Membuka bungkusan paket
  • Router juga berperanan untuk menapis trafik dan membenarkan paket tertentu sahaja.
  • Bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian.

KELEBIHAN ROUTER

  • Menghubungkan 2 @ lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian internetwork.
  • Menghubungkan 2 rangkaian dan berlainan protokol.
  • Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket.

VLAN ----- VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK

  • Merupakan rangkaian kawasan setempat maya dimana 2 @ lebih nod yang mempunyai nombor rangkaian yang sama tetapi tidak semestinya berada di dalam segmen rangkaian yang sama.

ROUTING ANTARA VLAN

  • Penggunaan VLAN akan memecahkan broadcast domain,ini menyebabkan pengguna dari VLAN ID yang berlainan tidak akan dapat berhubung dengan VLAN yang lain.
  • Penggunaan Penghala ( router ) @ routing switch ( suis yang berada di lapisan ke-3 ) dapat menjadi penghubung antara VLAN.

 


Posted at 10:34 am by Masz85
Make a comment  

Monday, August 27, 2007
IP ADDRESSING

IP ADDRESSING

  • Terbahagi kepada 3 kelas iaitu :
    • CLASS A
    • CLASS B
    • CLASS C

CLASS A ----- CLASS A FOR LAN

  • IP ADDRESS : 10.X.X.X
  • SUBNETMASK : 255.255.0.0

CLASS C ----- LOCAL NETWORK

  • CONTOH :             192.168.0.X ------------- ( X = 1-254 )
  • SUBNETMASK : 255.255.255.0

CONTOH :

  • SUBNETMASK                             IP ADDRESS
    • 255.255.255.0 ------------- 10.1.1.10
    •                         ------------- 10.1.1.25
    • 255.255.0.0     ------------- 10.1.1.10
    •                         ------------- 10.1..5.20
    •                         ------------- 10.1.1.25
    • 255.0.0.0         ------------- 10.1.1.10
    •                         ------------- 10.1.5.20
    •                         ------------- 10.2.1.15
    •                         ------------- 10.1.1.25

CLASS A ----- 0nnnnnn

  • First bit 0:7 network bits  :  24 host bits
  • Initial byte  :  0-127
  • 126 class as exist ( 0 and 127 are reserved )
  • 16,777,214 host on each class A

CLASS B ----- 10nnnnnn

  • First two bits 10  :  14 network bits  :  16 host bits
  • Initial byte  :  128-191
  • 16,384 class bs exist
  • 65,532 host on each class B

CLASS C ----- 100nnnnnn

  • First three bits 110 : 21 network bits  :  8 host bits
  • Initial byte  :  192-223
  • 2,097,152 class cs exist
  • 254 host on each class c

IP ADDRESSES ----- INTERNET PROTOCOL ADDRESSES

  • Terbahagi kepada 4 bahagian.
  • Setiap bahagian mempunyai 8 bits dalam bentuk binary.

PROTOCOL ----- BAHASA

  • Network ID : jalan rumah
  • Host ID      : alamat rumah

 1  1  1  1  1  1  1  1
------------ Binary -------------

 128  64  32  16  8  4  2  1

=255     ----------- Deciment ------------

 

               


Posted at 12:13 pm by Masz85
Make a comment  

Friday, August 24, 2007
TASK 01.03-INSTALL COPPER NETWORK CABLING

JENIS-JENIS KABEL RANGKAIAN

  • Kabel merupakan satu media dimana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain.
  • Terdapat beberapa situasi di mana rangkaian hanya membenarkan satu jenis kabel sahaja yang boleh digunakan,namun begitu terdapat juga situasi dimana kombinasi lebih dari satu kabel dibenarkan.
  • Pemilihan jenis2 kabel adalah berkait rapat dengan topologi ,protokol dan saiz rangkaian.
  • Memahami ciri2 bagi jenis2 kabel yang berlainan dan perkaitannya dengan aspek lain di dalam rangkaian adalah perlu untuk membina rangkaian network yang baik.

PENGGUNAAN KABEL INI BERGANTUNG KEPADA BEBERAPA FAKTOR

  • Kos yang akan digunakan
  • Jarak yang diperlukan
  • Jumlah komputer yang digunakan
  • Kelajuan yang dikehendaki

JENIS-JENIS KABEL

  • Terdapat 3 jenis kabel yang biasa digunakan di dalam sesuatu rangkaian.
    • TWISTED PAIR CABLE
      • Unshilded
      • Shilded
    • COAXIAL CABLE
    • FIBER OPTIK
    • WIRELESS

TWISTED PAIR CABLE

  • Terdapat 2 jenis twisted pair iaitu :
    • SHILDED ----- STP
    • UNSHILDED ----- UTP
  • UTP lebih kerap digunakan dan merupakan pilihan yang baik terutamanya untuk rangkaian di sekolah.
  • Kualiti UTP adalah berbeza dari wayar talian telefon hinggalah ke kabel yang mempunyai kepantasan tinggi.
  • Kabel UTP mempunyai 4 pasang ( 8 ) wayar di dalamnya dan setiap pasang berpintal dengan jumlah pintalan yang berlainan bagi setiap inci untuk membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan wayar yang hampir @ dari peranti elektrik yang lain.
  • EIA ( ELECTRONIC INDUSTRI ASSOCIATION ) @ TIA ( TELECOMUNICATION INDUSTRI ASSOCIATION ) telah mengiktiraf mutu dan standart UTP dan memberi 5 kategori utama.
    • Kategori 1 - suara sahaja ( talian telefon )
    •       "       2 - data ke-4 mbps ( local talk )
    •       "       3 -    "    ke-10 mbps ( ethernet )
    •       "       4 -    "    ke-20 mbps ( 16 mbps gelang token )
    • Kategori 5 - data ke-100 mbps ( ethernet pantas )
  • Perbezaan di antara kategori2 di atas ialah dari segi pintalan yang ketat bagi setiap pasangan wayar.
  • Pintalan yang ketat berfungsi untuk menyokong kadar penghantaran yang lebih bermutu walaupun melibatkan kos yang lebih tinggi.

KABEL UTP

KABEL STP

PENYAMBUNGAN KABEL TIDAK BERLAPIK PASANGAN BERPINTAL ( UTP CONNECTOR )

  • Penyambungan yang paling sesuai bagi pengkabelan tidak berlapik pasangan berpintal ialah RJ-45.
  • Ia merupakan penyambung yang dibuat daripada plastik dan kelihatan seperti penyambung bagi talian telefon.
  • Satu slot dibentuk bagi membenarkan penyambungan dan hanya satu hala sahaja.
  • RJ-45 bermakna REGISTER JACK yang mana idea asal tersebut di ambil daripada penyambungan talian telefon.

KABEL BERLAPIK PASANGAN BERPINTAL ( STP )

  • Satu kekurangan kabel UTP ialah mudah terpengaruh dengan gelombang frekuensi radio dan alat elektrik.
  • Lapik yang lebih menjadikan kabel ini cepat hambar.
  • Kabel jenis ini sesuai digunakan pada rangkaian yang menggunakan topologi cincin.

COAXIAL CABLE ( KABEL KOAXIAL )

  • Coaxial cable mempunyai "Single Copper Connector" ( satu wayar tembaga ) yang bertindak sebagai media pengalir elektrik yang terletak di bahagian tengah kabel.
  • Satu lapisan plastik bertindak sebagai pemisah kepada wayar tembaga yang berada di tengah2 dengan satu lapik pintalan besi.
  • Pintalan besi ini bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan dari komputer dan sebagainya.

  • Kaedah pemasangan coaxial cable agak sukar tetapi ia mampu menghalang gangguan signal ( isyarat ) dari luar.
  • Ia berkeupayaan untuk menyambungkan peralatan rangkaian ( network ) dengan lebih jauh berbanding dengan penggunaan twisted pair cable.
  • Terdapat 2 jenis coaxial cable :
    • COAXIAL TEBAL ( THICKNET COAXIAL )
    • COAXIAL NIPIS ( THINNET COAXIAL )
  • 10 base 5 ---- 500 meter adalah spesifikasi yang digunakan.
  • Angka 5 dirujuk sebagai nilai maksimum jauh segmen ( data ) yang boleh dibawa olehnya iaitu 500 meter.
  • THICKNET COAXIAL adalah pilihan yang boleh digunakan untuk menjalankan network pada jarak yang lebih jauh.
  • Antara keburukan THICKNET COAXIAL ialah sukar untuk dipasang kerana ia sukar dibengkokkan.
  • THINNET COAXIAL 10 base 2 ---- 200 meter adalah spesifikasi yang digunakan.
  • Angka 2 dirujuk sebagai nilai maksimum jauh segmen yang boleh dibawa olehnya iaitu 200 meter.

COAXIAL CABLE CONNECTOR

  • Antara jenis connector yang sering digunakan ialah BNC ( BAYONE-NEILL-CONCELMAN )
  • Terdapat pelbagai jenis adaptor yang digunakan bersama-sama BNC connector seperti :
    • T-CONNECTOR
    • BARREL CONNECTOR
    • TERMINATOR
  • Penyambung @ connector adalah bahagian yang paling lemah dalam network.Oleh itu,penggunaan connector yang menggunakan CRIMP adalah lebih baik berbanding dengan connector yang menggunakan skru.

BNC CONNECTOR

FIBER OPTIK

  • Fiber Optik terdiri daripada ( glass core ) gentian kaca dikelilingi oleh beberapa lapisan pretective material.

  • Fiber Optik Cable berkeupayaan untuk menghantar data yang lebih jauh dan kelajuan yang lebih baik.
  • 10 Base F adalah spesifikasi yang digunakan untuk fiber optik cable.

CIRI-CIRI FIBER OPTIK CABLE

  • INSULATING JACKET luarannya diperbuat daripada TEFLON @ PVC.
  • REVLAR FIBER membuat menguatkan lagi cable dan menghalang dari cable pecah.
  • Kabel disalut plastik sebagai cashion untuk tengah kabel.
  • Bahagian tengah ( core ) diperbuat daripada glass @ plastik fiber.
  • Kabel gentian fiber diperbuat daripada kaca yang disaluti penebat.
  • Fiber optik menggunakan cahaya untuk menghantar isyarat.
  • Berbeza dengan kabel tembaga yang lain yang menggunakan isyarat elektronik.
  • Oleh itu ia dapat mengelakkan gangguan elektromagnet.
  • Kabel fiber optik sesuai digunakan di kawasan yang banyak gangguan elektromagnet dan jarak yang jauh.
  • Berupaya menghantar data pada kadar kelajuan yang sangat tinggi berbanding kabel tembaga ( UTP & COAXIAL ).
  • 10 Base F , 100 Base F , 1000 Base F merujuk kepada spesifikasi fiber optik yang membawa isyarat Ethernet.
  • Angka F merujuk kepada fiber.
  • Terdapat 2 jenis fiber optik kabel :
    • SINGLE MODE FIBER OPTIC CABLE
    • MULTIMODE FIBER OPTIC CABLE

SINGLE MODE OPTIC CABLE

  • Membawa ( SINGLE WAVELENGHT ) dan signal cahaya yang selalunya dihasilkan oleh pancaran laser yang digunakan untuk membawa informasi pada jarak yang jauh untuk ( HIGH BANDWIDTH )

MULTIMODE FIBER OPTIC CABLE

  • Membawa ( MULTIPLE WAVELENGHT ) dan signal cahaya yang dihasilkan oleh LED ( LIGHT ENUTING DIODE ) untuk ( HIGH BANDWIDTH ) dan digunakan untuk membawa informasi pada jarak yang dekat dan pertengahan.

PENYAMBUNG FIBER OPTIC CABLE

  • Penyambung yang lazim digunakan dengan fiber optik ialah
    • Penyambung ST

  • Ia berbentuk ( BARREL ) dan hampir sama dengan penyambung BNC.

 SPESIFIKASI    JENIS KABEL  PANJANG MAX
 10 Base T  UTP   100 m
 10 Base 2  Thin coaxial  185 m
 10 Base 5  Thick coaxial  500 m
 10 Base F  Fiber optik  2000 m

  • Fiber optik menggunakan cahaya untuk penghantaran data.
  • Penghantaran menggunakan LED @ laser untuk menghantar lilitan cahaya melalui fiber optik.
  • Merujuk kepada gambarajah core adalah merupakan saluran laluan bagi data @ isyarat dihantar,cladding adalah pelindung bagi core dan kedua-dua core dan cladding ini diperbuat daripada bahan baca @ elastic fiber.
  • Ianya bagi memastikan tindak balas reflek.

BUFFER COATING

  • Bertindak melindungi kabel tersebut daripada kerosakan seperti patah dan sebagainya.
  • Kelebihan fiber optik ada 3 iaitu :
    • Saiz lebih kecil dan ringan.
    • Tidak memerlukan banyak ruang
    • Penggunaan cahaya dapat mengelakkan gangguan ( INTERFERENCE ) dan boleh mengekod lebih banyak data.
  • Penggunaan fiber optik terbahagi kepada 2 iaitu :

 OUTDOOR  INDOOR
 Over Head Cable  Simplex Cable
 Direct Burial Cable  Duplex Cable
 Duct Cable  Distribution Cable
 Sub Marine Cable  Break Out Cable

JENIS-JENIS FIBER OPTIK

  • SINGLE MODE STEP
    • Tidak melebihi 2 km ( tidak menyokong bandwidth )
  • MULTI MODE STEP INDEX
    • Menyambung sesuatu tempat yang jauh ( menggunakan bandwidth yang besar )
  • MULTI MODE GREDED INDEX
    • Gabungan single mode & multi mode step index

TIPS PENGKABELAN

  • Terdapat beberapa peraturan yang perlu diingat sebelum menjalankan sesuatu pengkabelan.
    • Selalu menggunakan kabel yang lebih panjang dari jarak yang diperlukan.
    • Kabel tersebut hendaklah dipasang tidak terlalu longgar @ terlalu tegang.
    • Setiap bahagian kabel hendaklah diuji semasa menyambung kabel.Ini kerana kabel yang baru tidak semestinya ia tidak bermasalah dan adalah lebih sukar untuk mengesan masalah tersebut.
    • Jarakkan kira-kira 3 kaki dari lampu florensen dan perkakasan lain yang bergelombang elektrik.
    • Jika memasang kabel merentangi lantai kabel mesti ditutup dengan penutup kabel.
    • Kabel mesti dilabelkan pada permulaan dan penghujung kabel.
    • Menggunakan pengikat kabel yang betul dan bukannya pengikat kabel plastik.

TRANSMISI TANPA KABEL ( WIRELESS )

  • Tidak semua rangkaian dihubung menggunakan kabel kerana terdapat juga rangkaian yang menggunakan ttransmisi @ penghantaran tanpa kabel.
  • Penghantaran cara ini menggunakan isyarat media yang berfrenkuensi tinggi @ sinar cahaya infra merah untuk berkomunikasi antara stesen kerja dan fail pelayan.
  • Setiap stesen kerja @ fail pelayan yang mempunyai rangkaian tanpa kabel biasanya satu penghantaran isyarat @ antena perlu bagi membolehkan data dihantar @ diterima.
  • Bagi jarak yang lebih jauh komunikasi tanpa kabel boleh dijalankan melalui penggunaan telefon,selular @ melalui satelit.
  • Rangkaian tanpa kabel amat sesuai dijalankan bangunan2 yang lama dimana pengkabelan sukar untuk dijalankan.
  • Transmisi tanpa kabel mempunyai kekurangan
    • CONTOH :
      • Kos yang diperlukan adalah tinggi.
      • Keselamatan tidak begitu meyakinkan.
      • Mudah tergugat dengan kehadiran gelombang frekuensi tinggi dan cahaya.

RANGKAIAN TANPA WAYAR ( WIRELESS NETWORK )

  • Menggunakan frekuensi radio tinggi.
  • Menggunakan pancaran cahaya infra merah.

TUJUAN

  • Komunikasi antara stesen kerja dengan komputer pelayan fail.

KEGUNAAN

  • Pejabat bergerak
  • Pejabat mudah alih

KELEMAHAN

  • Kos yang mahal
  • Sistem keselamatan yang lemah
  • Terdedah gangguan elektrik daripada cahaya dan gelombang radio
  • Transmisi data yang perlahan

 


Posted at 07:40 am by Masz85
Comments (6)  

Wednesday, August 22, 2007
KOD BACAAN RAHSIA

KOD BACAAN RAHSIA

NORMAL TEXT / PLAIN TEXT

 A  B  C  D  E  F  G  H  I  J  L  M  N
 P  Q  R  S  T  U  V  W  Y  Z        

 

KOD TEXT / CIPPERTEXT

 d  e  f  g  h  i  j  k  l  m  n  o  p  q  r
 s  t  u  v  w  x  y  z  a  b  c        

CONTOH :

  • s h s h u d q j d q                e h u p x o d-----kod text
  • PEPERANGAN                    BERMULA-----normal text

PEMERHATI PADA CIPPERTEXT YANG DIHASILKAN

  • Huruf yang berulang-ulang mempunyai kod yang sama.
  • Jarak ruang kosong mestilah dikekalkan.
  • Contoh :
    • s h  s h u d q j d q
    • !      !           !      !
    • p e p e r a n g a n

Posted at 12:23 pm by Masz85
Comment (1)  

TASK 01.2-CONDUCT PRE-INSTALLATION HARDWARE / SOFTWARE INSPECTION

PERISIAN KOMPUTER

  • Merupakan salah satu program dan prosedur yang berkait rapat dengan operasi sesebuah komputer.Ini merupakan program yang terlalu penting kepada sesebuah komputer.
  • TUJUAN UTAMA komputer mesti ada satu sistem pengendalian yang beroperasi untuk menjalankan program2 yang lain.
  • Sistem pengendalian menjalankan tugas2 asasi seperti :
    1. Mengiktiraf input daripada papan kekunci
    2. penghantaran keluaran untuk paparan skrin
    3. Simpan fail2 di cakera dan mengawal perisian peranti seperti driver printer.

DEFINISI PERISIAN

  • Perisian merupakan satu kumpulan atur cara yang menghubungkan kita dengan perkakasan komputer,mengandungi arahan2 tersusun yang perlu dipatuhi oleh semua bahagian komputer.
  • Perisian2 komputer ini terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu :
    1. PERISIAN SISTEM ( mengawal program lain )
    2. PERISIAN PEMPROGRAM
    3. PERISIAN APLIKASI

PERISIAN SISTEM

  • Satu kumpulan atur cara ( program ) yang ditulis untuk mengawal atur cara lain supaya sentiasa beroperasi dalam satu sistem bersesuaian dengan had keupayaan perkakasan dan mengendalikan sumber perkakasan suatu komputer dan melaksanakan tugas2 pemprosesan maklumat yang diperlukan.
  • Perisian sistem boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu :
    1. SISTEM PENGOPERASIAN
    2. UTILITI

SISTEM PENGOPERASIAN

  • Merupakan satu set program yang dapat memaksimumkan penggunaan sistem komputer.
  • Sistem ini juga bertindak sebagai supervisor dan berfungsi untuk mengawal operasi komputer,menjadual dan menyelaras operasi komputer dan juga menjadi media perantaraan antara perkakasan komputer dengan pengguna.
  • Ia juga sebagai pemprogram pelbagai ( multi tasking ) merupakan satu keupayaan sesebuah komputer melaksanakan arahan2 dari beberapa program @ aplikasi secara serentak pada satu masa.
  • Pemprosesan pelbagai ini juga melibatkan penyambungan beberapa unit pemprosesan pusat bagi tujuan operasi pemprosesan data.
  • Diantara contoh sistem pengoperasian ( OS ) adalah :
    1. Microsoft window "95"
    2.        "           "       "98"
    3.        "           "       "NT"
    4.        "           "       "XP"
    5.        "           "       "VISTA"
    6.        "           "       "LINUX"
    7. Microsoft window "ME"

UTILITI

  • Kebiasaannya meliputi program2 yang melakukan kerja @ tugasan yang sama dan berulang.
  • Biasanya dibekalkan beserta dengan perisian @ peralatan yang dibeli.
  • Antara perkara2 yang boleh dilakukan adalah seperti :

OPERASI MENGISIH ( SORTING )

  • Dimana ia digunakan untuk menyusun data2 mengikut susunan yang diperlukan,proses mencantum yang menggabungkan beberapa fail ke dalam satu fail sahaja dan salin ( copy ) yang digunakan untuk memindahkan satu data @ fail daripada satu media ke media output yang lain.

PERISIAN PEMPROGRAM

  • Set program2 yang membolehkan seseorang berkomunikasi dengan komputer.
  • Bahasa yang digunakan meliputi simbol2,upsara dan peraturan2 sintaksis @ ( SYNTAX ).
  • Terdapat 2 kategori utama :
    1. BAHASA PERINGKAT RENDAH
    2. BAHASA PERINGKAT TINGGI

BAHASA PERINGKAT RENDAH

  1. Bahasa Mesin
    • Menggunakan kod2 sistem binari yang boleh difahami oleh setiap komputer.
    • Masalahnya ia sukar ditulis dan difahami oleh pengguna.
  2. Bahasa Penghimpun
    • Menggunakan bentuk simbolik.
    • Ianya lebih mudah difahami tetapi memerlukan penterjemah.

BAHASA PERINGKAT TINGGI

  • Ia adalah bahasa yang lebih ringkas dan lebih mirip kepada bahasa inggeris.
  • Contohnya : COBOL , FORTRAN , VISUAL & C++
  • Penterjemah
    • ASSEMBLER
      • Membaca dan menterjemah arahan2 yang bertulis ke dalam bahasa mesin.
    • COMPILER
      • Membawa program sumber yang ditulis di dalam bahasa2 peringkat tinggi dan menukarkan arahan2 ke dalam bahasa mesin.
    • INTERPRETER
      • Menterjemah dan melaksanakan arahan dalam program secara baris demi baris.

PERISIAN APLIKASI

  • Terbahagi kepada 3 kategori iaitu :
    • USER CODED
      • Program yang disediakan dan diuji mengikut keperluan pengguna.
    • PAKEJ
      • Program2 yang telah tersedia di pasaran.
      • Boleh didapati dengan cepat dan mudah.
      • Boleh digunakan terus oleh pengguna apabila dipasang ( INSTALL )
        • Contoh : SPREADSHEET( Lembaran kerja) ms-excel

                                                    : DATABASE(Pengkalan data)ms-access

                                                    : WORD PROCESSING ms-words

MASALAH APLIKASI PAKEJ

  • Kadang-kala tidak sesuai dengan sesuatu komputer.
  • Tidak berapa sesuai dengan keperluan pengguna.
  • Tidak boleh dibuat pindaan ke atas pakej.

CUSTOMIZED

  • Campuran di antara kriteria kedua-dua jenis aplikasi di atas.

 

 

 


Posted at 09:12 am by Masz85
Make a comment  

SISTEM PENGKABELAN BERSTRUKTUR

SISTEM PENGKABELAN BERSTRUKTUR

  • Rangkaian memerlukan plan pengkabelan untuk memilih kabel dan susun atur kabel yang sesuai digunakan di dalam sesebuah bangunan.
  • Plan ini perlulah senang untuk dikendalikan dan diubah untuk kegunaan masa akan datang.
  • Dengan itu wujudnya piawaian pengkabelan ( Cabling Standart ) untuk menentukan jenis pengkabelan dan susun atur yang perlu bagi plan tersebut.
  • Sistem ini mengandungi skema dengan ciri2 yang tertentu iaitu :
    1. Skema yang merujuk kepada pemasang wayar @ kabel di antara bangunan.
    2. Skop pengkabelan yang menyokong semua jenis penghantaran maklumat termasuklah bunyi,video dan bunyi.
    3. Susun atur dan pemilihan kabel adalah tidak bergantung kepada pengeluar dan pengguna akhir.
  • Susun atur adalah direka bentuk supaya ia dapat diagihkan kepada semua kawasan kerja di dalam sesebuah bangunan tanpa memerlukan perubahan tempat peralatan tetapi peralatan tersebut boleh dipasang dengan mudah di tempat yang sedia ada.

CARA PENYAMBUNGAN KABEL / CARA PERJALANAN DATA

TOPOLOGI RING

TOPOLOGI STAR

TOPOLOGI BUS


Posted at 09:10 am by Masz85
Make a comment  

Next Page